Mikroorganisma
Mikroorganisma (daripada Bahasa Yunani: μικρός, mikrós, "kecil" dan ὀργανισμός, organismós, "organisma") atau mikrob ialahorganisma yang seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kajian tentang mikroorganisma dikenali sebagaimikrobiologi, satu bidang yang bermula dengan penemuan mikroorganisma oleh Anton van Leeuwenhoek pada 1675 dengan menggunakan mikroskop reka bentuk sendiri.
Mikroorganisma sangat berbeza-beza dan merangkumi:
bakteria, kulat, arkea, dan protis;
tumbuhan mikroskopik (dikenali sebagai alga hijau); dan
haiwan, seperti plankton dan planaria.
Sesetengah ahli mikrobiologi juga merangkumkan virus sebagai mikroorganisma, tetapi ahli mikrobiologi yang lain tidak menganggap virus sebagai hidupan.[1][2] Kebanyakan mikroorganisma berbentuk ekasel (sel tunggal), tetapi ciri ini tidak sejagat kerana sesetengah organisma multisel juga berbentuk mikroskopik, manakala sesetengah protis dan bakteria ekasel (misalnyaThiomargarita namibiensis) berbentuk makroskopik dan dapat dilihat dengan mata kasar.
Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:
tanih, mata air panas, dasar lautan;
atmosfera di atas; dan
batu-batu di dalam kerak bumi.
Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasan dan cuaca.
Mikrob juga digunakan oleh ahli bioteknologi, baik dalam penyediaan makanan dan minuman mahupun dalam teknologi moden berasaskan kejuruteraan genetik. Bagaimanapun, mikrob patogen adalah berbahaya kerana ia menyerang dan tumbuh di dalam organisma yang lain lalu mengakibatkan penyakit yang membunuh berjuta-juta orang, haiwan, dan tumbuhan.
JENIS-JENIS MIKROORGANISMA
1)PROTOZOA
2)BAKTERIA
3)FUNGI
4)VIRUS
5)RICKETTSIAE
6)ALGA
PROTOZOA
Bentuk: - bulat
- spinder(seperti gasing berpusing)
- spiral(pilin seperti skraw)
Sifat-sifat: - fungsi makanan
- perkumuhan
- pergerakan
- pembiakan
Saiz: -10-200 micron
Stuktur: - mempunyai 1 atau lebih nukleus
-mempunyai organel untuk menjalankan fungsi
pemakanan, pernafasan, pergerakan,dan
perkumuhan
Jenis-jenis: - plasmodium
- protozoa entamoeba
- trypanosoma brucci
- taksoplasma
- trichomanas
Golongan Protozoa: - patogenik
- tidak patogenik
Genus Protozoa: - genus sporozaa
- genus mastigophora
- genus sarcodina
- genus ciliophora
BAKTERIA
Sifat-sifat: - unisel yang halus dan lut sinar
- bentuk dikekalkan oleh sel
membran yang keras
Saiz: - lebih besar dari virus tetapi lebih kecil
dari protozoa dan kulat
- ukuran 03 - 14 micron
Struktur: - kapsul (memberikan perlindungan
kepada bakteria)
- flagella (membantu pergerakan)
- fimbriae (seperti flagella)
Cara pembiakan: - secara aseksual iaitu binary fission
- 15- 30 minit untuk berkembang
- tidak berwarna dan lut sinar
- boleh dibezakan dengan perwarna
iaitu staining dan gram stain
Jenis-jenis: - cocci (diplococci)
- bacillus (clostridium tetani)
- shigella (shigella sonne)
- spiral (spiralla)
KULAT
Sifat-sifat: - ada yang besar dan senang dilihat
- sesuai dalam suhu 20-25 darjah celcius
dan suasana seddikit asidik
Jenis-jenis: A) Yis
- bulat, bujur telur
- mempunyai nukleus yang besar
- membran sel tebal
- berguna untuk proses penapaian
- pembiakan melalui penurasan
@ budding
B) Kulapuk
- berfilamen seperti rambut yang
bercabang (hypnae)
- bahagian yang menjulur keudara
bertanggungjawab keatas pembiakan
- pembiakan secara sporalation
Pembiakan Aseksual: - antrospora
- blastospora
- klamidospora
- spongiospora
- konidspora
Kegunaan Kulat: - aktif dalam proses pembusukkan
dan penguraian pokok, binatang
dan manusia
- digunakan sebagai makanan perasa
dan dadah
- untuk membuat kajian dalam
struktur genetik
- mengeluarkan toksin dan racun
Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan:
- tempat yang lembab
- ada udara dan oksigen
- media yang asidik
- tempat banyak gula
- suhu yang rendah
Penyakit: - dermatophype (menyebabkan tinea
cicinata @ kurap badan)
- monilia albican (menyebabkan dermatitis)
ALGA
- jenis unisel
- menjalani proses fotosintesis
- mengandungi klorofil
- mempunyai kloroplas dipanggil tapak pigmen klorofil
- sumber makanan yang penting seperti iodin, garam
galian, baja untuk pembekuan puding atau aiskrim
- terdapat banyak di kolam, sungai kecil, tangki ikan
RICKETTSIAE
Bentuk: -berbagai bentuk
- tidak bergerak dan tidak membentuk spora
- panjang, bulat dan bujur telur
Saiz: - lebih besar dari virus dan lebih kecil dari bakteria
- 0.2-0.5 milimicron lebar dan 0.8-2 milimicron
panjang
Jenis-jenis: A) Rickettsiae Prowazeki
- demam thypus yang disebabkan
oleh kutu
B) Rickettsiae Rickettsi
- demam berbintik gunung rocky
- dibawa oleh sengkenit
C) Rickettsiae Coxiella
- demam Q
- ada pada binatang ternakan dan
merebak pada manusia melalui
susu @ najis
D) Rickettsiae Orientalis
- iaitu demam tsutsugamushi yang dibawa
oleh tungau
Pembiakan Rickettsiae:
- binary fission
- parasit
- sesetengah dalam sel yang dijangkiti
- terdapat dalam air liur dan usus
VIRUS
Saiz: - berbagai bentuk
- 20 nanometer - 300 nanometer
Bentuk: A) bentuk kubus
- icosahedral mempunyai banyak sisi dan puncak
B) bentuk heliks
- bentuk bujur dan merupakan suatu
struktur yang berpilin
Struktur: -1 zarah dinamakan virion
- dilindungi lapisan yang dinamakan kapsid
Pembiakan: - protein kurang menyebabkan tidak dapat
menjalankan proses metabolisma
- mendapat makanan dari sel perumah
- menghasilkan pelalian
Kawalan: - dapat dibunuh dengan didihan 100 darjah
celcius untuk 20 minit
- virus infektif hepatitis, viral hepatitis dan
serum hepatitis hanya boleh dimusnahkan
oleh autoclaf





No comments:
Post a Comment